Urus taska anda dari satu tempat.
Ibu bapa daftar dan hantar dokumen dari telefon. Anda tapis permohonan, tanda kehadiran dan rekod yuran dari satu papan pemuka. Percuma untuk 20 kanak-kanak berdaftar.
Tak perlu demo, tak perlu kad kredit. Laman taska anda siap dalam 10 minit.
Apa yang taska anda dapat.
Laman taska sendiri
Taska anda dapat alamat sendiri: murthehelp.my/nama-taska. Ibu bapa nampak alamat, waktu operasi, yuran dan peta, lepas itu terus klik Daftar Anak. Kongsi sahaja pautan dalam WhatsApp.
Borang permohonan dalam talian
Ibu bapa isi enam bahagian pendek dari telefon: anak, ibu, bapa, kesihatan, dokumen, semak. MyKid, rekod imunisasi, IC dan slip gaji dimuat naik terus. Tak perlu datang taska bawa fotostat.
Papan tapisan
Semua permohonan masuk ke satu senarai. Tapis ikut sesi, pendapatan atau jarak rumah. Tukar status seorang-seorang, atau ramai-ramai sekali gus.
Putuskan dan maklumkan ibu bapa
Buka satu permohonan, semak dokumen, tukar status. Lulus atau tidak, anda yang maklumkan: klik WhatsApp, mesej dah siap taip, hantar sahaja kepada ibu bapa. Emel pun boleh.
Selepas pendaftaran, urus hari-hari taska.
Pendaftaran cuma permulaan. murthehelp ikut anda sepanjang tahun.
-

Kehadiran harian
Guru tanda siapa hadir, siapa tidak, terus dari telefon. Ibu bapa tak perlu tanya.
-

Rekod yuran
Tanda siapa dah bayar, siapa belum. Muat naik resit, semua dalam satu senarai.
-

Akaun untuk guru
Jemput guru melalui emel. Mereka nampak kehadiran dan yuran cawangan mereka sahaja, bukan permohonan atau bil anda.
-

Berbilang cawangan
Semua cawangan di bawah satu akaun. Satu jadual: kehadiran hari ini, yuran dikutip, tertunggak.
Siap dalam 10 minit. Daftar sendiri, terus guna.
-

1. Buat akaun dan namakan taska
Nama, emel, kata laluan, lepas itu nama taska dan alamat lamannya. Itu sahaja.
-

2. Isi profil taska
Alamat, telefon, waktu operasi, yuran. Letak logo dan warna taska kalau ada.
-

3. Buka sesi pendaftaran
Bagi nama sesi, tetapkan kapasiti dan tarikh tutup.
-

4. Kongsi pautan
Salin pautan dari papan pemuka, hantar ke kumpulan WhatsApp. Lepas itu tunggu sahaja permohonan masuk.
Mula percuma. Naik taraf bila taska anda perlukan.
Percuma
RM0
Cukup untuk satu taska kecil yang baru mula.
- Kanak-kanak berdaftar 20
- Dokumen setiap permohonan 3
- Cawangan 1
- Emel status automatik —
- Eksport CSV / PDF —
- Kehadiran harian —
- Rekod yuran —
Premium
RM79/bulan RM790/tahun
Kanak-kanak tanpa had, kehadiran, yuran, eksport dan berbilang cawangan.
RM79 untuk satu taska, +RM39 sebulan setiap cawangan lain.
RM790 setahun untuk satu taska, +RM390 setahun setiap cawangan lain.
- Kanak-kanak berdaftar Tanpa had
- Dokumen setiap permohonan 10
- Cawangan Tanpa had
- Emel status automatik
- Eksport CSV / PDF
- Kehadiran harian
- Rekod yuran

Bayar bulanan atau tahunan terus dari panel, melalui ToyyibPay. Tiada kontrak, tiada kad kredit untuk mula. Batal bila-bila masa.
Soalan yang selalu ditanya.
Ada soalan lain? Tanya kami di WhatsApp
Pelan Percuma tu betul-betul percuma?
Ya. 20 kanak-kanak berdaftar, permohonan tanpa had, satu cawangan, tiada tarikh luput. Tak perlu kad kredit untuk mula.
Berapa kanak-kanak muat dalam pelan Percuma?
Pelan Percuma muat 20 kanak-kanak berdaftar pada satu masa. Yang sudah tamat tidak dikira, jadi tempat itu kosong semula. Lebih daripada 20? Naik taraf ke Premium bila-bila masa.
Ibu bapa perlu buat akaun?
Tidak. Mereka buka pautan taska anda, isi borang, dan taska akan hubungi mereka melalui WhatsApp atau emel.
Dokumen ibu bapa selamat?
Dokumen disimpan dalam storan peribadi dan hanya akaun taska anda yang boleh buka. Setiap borang datang dengan notis privasi selaras Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Saya masih guna borang kertas atau Google Form. Perlu tukar terus?
Tak perlu. Mula dengan sesi pendaftaran seterusnya. Yang masuk melalui murthehelp terus ada dalam papan tapisan; yang lama boleh anda simpan macam biasa.
Macam mana nak bayar Premium?
Langganan bulanan melalui ToyyibPay — FPX (online banking) atau kad. Harga ada di atas; cawangan tambahan dikira sekali dalam bil yang sama. Naik taraf dari papan pemuka bila perlu.
Boleh batal bila-bila masa?
Boleh, dari halaman Bil, tanpa hubungi sesiapa. Had Percuma dikenakan serta-merta dan bulan yang sudah dibayar tidak dipulangkan. Data anda kekal — tiada yang dipadam.
Taska saya ada lebih daripada satu cawangan.
Premium letak semua cawangan di bawah satu akaun. Setiap cawangan ada laman dan sesi pendaftarannya sendiri, anda tengok semuanya dari satu papan pemuka.
Ubah cara taska anda terima pendaftaran.
Daftar hari ini. Data ibu bapa disimpan dengan selamat, dan hanya taska anda yang boleh lihat.